Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak.
Ia selepas sepuluh ahli dewan berbahas menyokong usul yang dibentang Premiernya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, termasuk Ketua Pembangkang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.